Sunday, August 17, 2008

Pokok Kelapa - Pokok Seribu Guna




Kampung Kelong sangat kaya dengan pokok kelapanya. Disebabkan tanahnya yang berpasir dan berdekatan dengan pantai, Kampung Kelong lebih sesuai dengan penanaman pokok kelapa daripada buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan sebagainya.

Disebabkan kebanyakan pokok2 kelapa di Kampung Kelong agak tinggi, biasanya beruk yang telah dilatih secara profesional digunakan.Beruk-bruk ini biasanya tidak pernah mengenal penat atau lelah.

Pokok kelapa digelar pokok seribu guna disebabkan kegunaanya dari segi batang kelapa hinggalah kepada buah dan daunnya. Secarai ringkas, kegunaan pokok kelapa adalah sekurang-kurangnya seperti berikut:-

1. Batangnya - digunakan sebagai titian atau jambatan sementara untuk menyeberangi kawasan yang rendah dan berpaya.
2. Daun - Daun kelapa yang telah tua digunakan sebagai penyap lidi untuk membersihkan kawasan dalm rumh dan persekitaran.
3. Daun hijau - Daun yang masih segar pula biasanya digunakan oleh nelayan sebagai unjang, sejenis peralatan yang diletakkan di tengah-tengah laut untuk menarik ikan-ikan laut bermain di sekitar kawasan tersebut. Ini akan memudahkan para nelayan menangkap ikan yang banyak. Daun2 tersebut hendaklh dijalin terlebih dahulu untuk menarik lebih bnyk ikan datng memasuki perangkap
4. Umbut Kelapa - Biasanya umbut kelapa digunakan semasa majlis perkahwinan dengan dicampurkan bersama-sama gulai lembu atau kerbau. umbutnya yng enak akan melazatkan lagi sebarang gulai.
5. Buah kelapa tua - sumber utama santan yang digunakan untuk memasak gulai, bubur dan sebagainya.Kelapa tua juga biasanya dijemur atau disalai bagi mengeluarkan minyaknnya (minyak kelapa) yang akan digunakan oleh para surirumah untuk menggoreng sebarang makanan seperti ikan, daging, keropok lekor,dan sebagainya.
6. Buah kelapa muda - dimakan begitu sahaja manakala airnya bolehlah diminum atau dijual sebagai minuman yang lazat.
7. tempurung kelapa boleh digunakan sebagai pencebuk manakala baranya boleh digunakan untuk menggosok baju.
8.Sabut - Sabutnya pula boleh digunakan untuk berdiang (bagi kaum ibu yang baru melahirkan anak). Selain itu ianya boleh dibuat tli atau penyapu. Sebelum itu, sabut tersebut hendaklah direndam di dalam tanah untuk tempoh masa yang tertentu.
9. Tandan - Tandan kelapa biasanya disadat bagi mendapat nira kelapa yang sangat manis dan menjadi kegemaran ramai terutama ketika bulan puasa. Selain itu nira kelapa juga dimasak supaya menjadi gula melaka (org kelantan panggil 'nisan'

No comments: