Saturday, August 16, 2008

Kegunaan Pokok Nipah


Kedudukan Kampung Kelong agak unik.Ianya sebuah kampung yang memanjang di mana di kirinya dipenuhi dengan sawah padi manakala di sebelah kanannya adalah sungai yang dipenuhi dengan pokok nipah.Pokok nipah mempunyai banyak kegunaanya:-

1. Daunnya - Daun yang muda atau dipanggil pucuk biasanya digunakan oleh orang-orang kampung sebagai daun rokok. Pucuk tersebut hendaklah disepat terlebih dahulu dan kemudian dijemur di tengah panas untuk selama satu hari.

2. Buah Nipah yang telah masak bolehlah dimakan. rasanya seakan akan buah kabung. Tapi mesti berhati-hati dengan buanya kerana ia akan mengeluarkan sejenis cecair yang berwarna biru kehitam-hitaman dan jika terkena di pakaian iany tidak akan tanggal.

3. Bunganya atau putik (buah yang muda) bolehlah dibut kerabu yang amat lazat dan menyelerakan.

4. Tangkai buah nipah boleh disadat untuk mengumpul niranya untuk diminum ataupun dibuat cuka.

No comments: