Friday, August 15, 2008
Geduk (aka Beduk)
Geduk (bahasa Kelantn) atau Beduk adalah merupakan alat yang sangat penting pada zaman sebelum adanya bekalan elektrik. Ianya digunakan sebagai alat untuk memanggil atu memberitahu orang-orang kampung bahawa waktu sembahyang telah tiba. Di samping itu ianya juga digunakan sebagai alat untuk memanggil orang-orang kampung datang berkumpul kerana ada maklumat penting.
Badan beduk dibuat daripada batang yang keras seperti pokok tai dan ditebuk/dibuang isinya manakala kulit lembu digunakan sebagai penutup dan tempat pukulan. Pemukulnya pula dibuat daripada kayu yang mana di hujungnya dibalut dengan getah agar belulang dapat bertahan lama.
Buat masa ini kegunaan geduk tidaklah sebegitu penting seperti dulu disebabkan adanya bekalan elektrik. Untuk memanggil umat Islam untuk mengerjakan sembahyang, sekarang ini orang2 kampung menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan ke pelusuk kampung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment