Kelihatan Pak San (Pak Chik Hassan) sedang membuat gogoh (go goh mengikut bahasa orang Kelantan). Gogoh ialah alat tradisi untuk menangkap/memerangkap sejenis udang yang dipanggil udang gantung. Umpan yang digunakan (diletak di dalam gogoh ialah isi kelapa tua. Alat ini telah digunakan secara turun temurun oleh para penduduk kampung kelong dan persekitaran pulau-pulau kecil di Tumpat. Ianya dibuat dari sejenis buluh yang nipis, yang perlu dijemur terlebih dahulu. Untuk membuatnya agak rumit dan dalam satu hari Pak san cuma boleh siapkan dalam 2-3 biji sahaja. Untuk membuatnya memerlukan banyak kesabaran dan pengalaman. Gogoh biasanya akan ditahan di dalam sungai, di celah celah sejenis pokok/rumput berduri yang dipanggil juju (bahasa org kelantan) pada waktu petang, selepas Asar. manakala pada ke-esokan paginya, tuanpunya gogoh akan memeriksa gogohnya satu-persatu dan mengumpulkan udang yang terperangkap di dalamnya untuk dijual kepada peraih ataupun secara terus di pasar atau kepada orang-orang kampung. Udang gantung biasanya popular untuk dimasak gulai bagi kuah nasi dagang ataupun sebagai salah satu lauk untuk dimakan dengan nasi. Biasanya selepas beberapa hari direndam di dalam air, para nelayan akan membersih dan menjemur gogoh mereka supaya tahan lama. Proses ini akan berulang sehinggalah sampai masanya bagi tuan punya untuk membaiki mana -mana yang telah rosak ataupun bila tangkapan berkurangan. Kelihatan gambar gogoh-gogoh Pak San yang telah siap untuk dijual. Gogoh -gogoh tersebut biasanya telah ditempah orang.
Tuesday, October 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment